CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 8, 2013

Tahun Baru, Buku Baru, Cara Baru, Segala Baru...

Hehehehe... bila dah tahun baru nie

ku buka buku baru
Impian terbaru
hehehe
mcm x cy jer..
lagi 4 bulan 3 minggu aku akn bergelar isteri kpd seseorg y ak syg..
hehe
hope smua berjln lancar jer

Monday, October 1, 2012

Perjalanan Hidup Ku

hari ini 2-10-2012

hari akan ku cerita perjalanan hidup ku setelah menumpuh kedukaan, dugaan, kekecewaan, n kehilangan setelah ku tempuhi kepahitan dlm hidup telah ku temui cahaya yang menyinari hidup ini..
dia y ku temui memberi harapan dan keyakinan dlm hidup ku,
dia berkata andai ku terjatuh harus kah aku menangisi kesakitan itu atau terus berlari mencari kebahagian y ku cari selama ini..
kini kami sudah 9 bulan bersama...
dan tidak ku sangka di saat peringkat ini
aku dah diterima oleh family si dia..
dan skrg kami dlm proses utk mengenalkan dia ngan family ku..
hehe mcm x sangka ak dah nk masuk peringkat seterusnya dlm hidup ku..
hehehe..

k la lain kali smbg agi ek.. ngantuk sgt la pulak...
hehehe

Wednesday, April 18, 2012

19-04-2012

tarikh nie tarikh ude akan pergi ke luar negara melancong... n tarikh nie tarikh y bt aku sedih dimana aku dan fird x berckp... aku tahu semua nie salah aku.. tp apa kn daya aku tak boleh nk undur balk segala perbuatan n percakapan ak.. mungkin ketika nie fird tgh terluka kerana ak.. apa y mampu ku lafazkan hanya.. mtk maaf... honestly perbualan ttg perkahwinan smlm mmg bt aku sedih.. bila fird ckp cm tu bt ak terpikir ak layak ker nk mtk smpi 8 ribu tu kn.. yela sbb aku nie siapa je la.. erm.. tu y bt aku sedih.. mungkin fird x de niat pun nk lukakan aku tp itu y aku rasa n aku x dpt tipu diri ak.. nie bt aku terkenang time ex-tunang ajak kahwin dl.. dia mtk aku bt pinjaman utk wang hantaran y nk bg kt aku.. n semua perbelanjaan utk kahwin.. tp dia suh ckp semua tu duit dia.. pedih ati aku.. terhina rs diri nie.. nk kahwin pya pasal aku tanggung semua tu..

hahaha.... bodoh jer aku nie..hubby maafkan b ek.. b taw slh b.. emosi b x stabil... b syg hubby
b rindu hubby sgt2..

Sunday, February 26, 2012

Keinginan Tahun Nie

1- nk beli kete

2- nk beli kamera
3- nk jln2 ngan mak

agak2 leh tercapai x?

Tuesday, February 7, 2012

Andai Lelaki Tahu

“CINTA SEJATI, CINTA ABADI BERKEKALAN”

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,

lelaki itu tidak semestinya punya segalanya

tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,

itu bukan bermakna dia lemah,

tetapi dia sedang mencari kekuatan

untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan marah,

memang dia tidak mampu mengawal perasaannya

tapi percayalah, itulah maknanya

dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,

semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan bercakap banyak,

dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,

tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,

itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,

tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,

bukan untuk dirinya,

tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,

bukan bermakna dia tidak sayang..

tetapi dia terlalu sayangkan anda

dan masih menganggap anda anak kecil

yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,

anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan merajuk,

jangan kata dia mengada-ngada.

Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit

atau hadiah sedozen,

tetapi cukup dengan perhatian

yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,

itu tidak bermaksud dia tidak menyintai

tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,

bukan hanya hadir dari kata-kata

tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,

dia benar-benar maksudkannya.

Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,

jangan percaya kata-katanya

kerana dia hanya mahu menguji kamu.

Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.

Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,

walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya

tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan menjadi degil,

dia bukan bermaksud untuk menjadi degil

tapi dia mahu melihat

sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai kena caranya,

jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..

Apabila perempuan berkata,

“Tolong tinggalkan saya!”,

dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.

Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,

percayalah dia akan mencari anda semula.

Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.

Dia terlalu emosional.

Tapi dialah yang paling menyayangi anda

dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu

dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami,

mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.

Di sebalik air matanya,

tersimpan seribu satu kekuatan

yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah

tapi dia punya kekuatan tersendiri

yang bisa menggoncang dunia

dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja

tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda

dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu

yang terbaik untuk anak2 anda

Thursday, February 2, 2012

khas buat mu mastura binti ishak....

----------------------------------------------
Bila ku jatuh cinta
Aku telah di landa satu perasaan...
Mungkin ini di namakan cinta yang masih terungkap..
Cinta..
Buat jiwa ku getar walau dirimu tiada di sisi
Buat tidur ku tidak lena saban memikirkan mu.

Cinta..
Pesona wajah dan tingkah mu kian membuatku gugup..resah..
Adakah ini cinta..
Setelah sekian lama cinta milik ku terkubur tanpa nisan..
Kini kian mekar setelah pertemuan pertama kali.

Cinta..
Yang membuatku debar..
Maafkan ku jika diriku tidak sempurna..
Kerana debaran yang menyelubungi..
Membuat ku gugup di depan mu

Sayang..
Izin kan aku mencintai dirimu..
Kerana diri mu mampu membuat ku lupa pada cinta lalu..
Terima kasih kerana kehadiranmu..
Jiwa ku tidak tertahan untuk meluahkan..
Apakan daya bagiku...
Ku harap kau jua mempunyai perasaan seperti ku..

Sayang,
Izinkanku menjadi sebahagian dari hidupmu..
izinkan untukku sentiasa membahagiakan mu...
izinkan untukku mencintaimu sepenuh hati ku...
kini ku tahu hanya dirimu yang benar-benar bertakhta dihati...

Sedarilah Mastura Binti Ishak,
bahawa ku teramat mencintaimu sepenuh hatiku...
------------------------------------
debar dihati ini tidak pernah menipuku
ianya umpama denyutan jantungku
yang menjadi irama kehidupanku setiap hari
sesekali ianya terhenti
hanya kerana aku teramat merinduimu
cintaku ini tidak pernah membohongimu
walau adakalanya rajuk dan bahagia silih berganti
namun aku tetap disisimu
kerana AKU CINTA KAMU!

senyum dibibirku tidak pernah terhenti
ianya sentiasa mekar dikala cintaku membahagiakan
cintaku padamu utuh bak rembulan
tetapi aku tahu
dalam layari bahtera cinta ini
adakalanya kita digigit kelukaan
namun ianya tidak pernah melemahkanku
kerana dihatiku
AKU PUNYA KAMU!

tangisan dihatiku adakalanya bertandang
bukan kerana kau tiada dihatiku
dan bukan juga kerana kau sakitiku
namun aku menangis
kerana mahu kau mengerti
aku teramat bersyukur dgn hadirnya mu
dalam hatiku dalam hidupku dalam jiwaku..
KAU BERTAKHTA DIHATI!

kasihku
ku hulurkan tanganku
untuk kau raih jemariku
bersama haruman cinta dihatiku
kan ku genggam cintamu disudut hatiku
agar ianya tidak terlerai
walaupun ombak dan pantai datang menganggu
aku ingin jerit selalu
AKU AMAT MENCINTAIMU!

Selamat Tinggal Kenangan

Kini Bermula Sebuah Kehidupan Yang Baru Dalam Hidup Ku..

Tidak Ku sangka semua nie akan berlaku dalam hidup ku..
Ketika aku merasa kan tiada lagi cinta kerna pintu hati telah ku kunci...
Setelah ak berjaya bangkit dr kelukaan dan kesedihan..
telah ku tetapkan hati untuk sendiri...

Dikala itu Dia hadir..
Menghulurkan tangan tanda perkenalan
Tika itu telah ku jelaskn
Kunci hati ini telah hilang entah kemana

Namun kata2 ku umpama angin lalu bgnya..
Dia berjanji hati ini akan dia takluki...
Kini janji nya sudah terpatri
Hatiku kini miliknya pasti

Kini dunia ku terasa berseri
Dengan hadir nya dia dalam hidup ini..
Biarpun nakalnya membuat ku geram
Tapi itu yang menguatkan lagi syg ku kepada nya..

Apa yang mampu ku harapkan kini
Moga impian utk bersamanya buat selamanya
Menjadi suatu kenyataan..

Mohammad Firdaus Bin Ismail
Sedari lah diriku begitu menyayangimu sepenuh hati..

Thank You..


Tuesday, December 20, 2011

Wonder

hari nie settle dah segala nyer..
dah lulus induksi
dah lulus exam
n
dah lulus amik lesen
hehe

org lain abis SPM dah amik lesen ak lak br skrg nk amik hehe
x kisah la y penting dah ada hehe..

actulay dah lama x tulis blog sampai lupe hehe

k la ada keje jab nk wat nti bila2 smbg agi..
miah miah miah