CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 2, 2012

khas buat mu mastura binti ishak....

----------------------------------------------
Bila ku jatuh cinta
Aku telah di landa satu perasaan...
Mungkin ini di namakan cinta yang masih terungkap..
Cinta..
Buat jiwa ku getar walau dirimu tiada di sisi
Buat tidur ku tidak lena saban memikirkan mu.

Cinta..
Pesona wajah dan tingkah mu kian membuatku gugup..resah..
Adakah ini cinta..
Setelah sekian lama cinta milik ku terkubur tanpa nisan..
Kini kian mekar setelah pertemuan pertama kali.

Cinta..
Yang membuatku debar..
Maafkan ku jika diriku tidak sempurna..
Kerana debaran yang menyelubungi..
Membuat ku gugup di depan mu

Sayang..
Izin kan aku mencintai dirimu..
Kerana diri mu mampu membuat ku lupa pada cinta lalu..
Terima kasih kerana kehadiranmu..
Jiwa ku tidak tertahan untuk meluahkan..
Apakan daya bagiku...
Ku harap kau jua mempunyai perasaan seperti ku..

Sayang,
Izinkanku menjadi sebahagian dari hidupmu..
izinkan untukku sentiasa membahagiakan mu...
izinkan untukku mencintaimu sepenuh hati ku...
kini ku tahu hanya dirimu yang benar-benar bertakhta dihati...

Sedarilah Mastura Binti Ishak,
bahawa ku teramat mencintaimu sepenuh hatiku...
------------------------------------
debar dihati ini tidak pernah menipuku
ianya umpama denyutan jantungku
yang menjadi irama kehidupanku setiap hari
sesekali ianya terhenti
hanya kerana aku teramat merinduimu
cintaku ini tidak pernah membohongimu
walau adakalanya rajuk dan bahagia silih berganti
namun aku tetap disisimu
kerana AKU CINTA KAMU!

senyum dibibirku tidak pernah terhenti
ianya sentiasa mekar dikala cintaku membahagiakan
cintaku padamu utuh bak rembulan
tetapi aku tahu
dalam layari bahtera cinta ini
adakalanya kita digigit kelukaan
namun ianya tidak pernah melemahkanku
kerana dihatiku
AKU PUNYA KAMU!

tangisan dihatiku adakalanya bertandang
bukan kerana kau tiada dihatiku
dan bukan juga kerana kau sakitiku
namun aku menangis
kerana mahu kau mengerti
aku teramat bersyukur dgn hadirnya mu
dalam hatiku dalam hidupku dalam jiwaku..
KAU BERTAKHTA DIHATI!

kasihku
ku hulurkan tanganku
untuk kau raih jemariku
bersama haruman cinta dihatiku
kan ku genggam cintamu disudut hatiku
agar ianya tidak terlerai
walaupun ombak dan pantai datang menganggu
aku ingin jerit selalu
AKU AMAT MENCINTAIMU!

0 comments: